Harga Beras Naik Bulan Depan – Mydin
KUALA LUMPUR, 24 Jun 2023 – Harga runcit bagi beras putih import 10kg akan naik sekurang-kurangnya RM1, bulan depan, kata Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin Ameer Ali Mydin.
“Kami telah diberitahu oleh pembekal bahawa akan ada peningkatan lagi antara RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg. Ini jelas akan meningkatkan harga jualan runcit sebanyak RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg.”
BACA JUGA: 8 Empangan Seluruh Negara Berada Di Paras Amaran
BACA JUGA: Ingkar ‘Bond’ Parti, Mahkamah Arah Mantan Naib Presiden PKR Bayar RM10 Juta
BACA JUGA: Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ
Jelasnya kepada sebuah portal tempatan, perkara ini menyusuli kenaikan harga antara RM1 dan RM2 sekampit bagi berat putih import, bulan lepas.
Mengulas mengenai kenaikan beras putih tempatan, Ameer berkata, ia berpunca daripada kekurangan bekalan akibat gelombang panas baru-baru ini yang menjejaskan penuaian musim lalu, namun katanya, bekalan dijangka stabil menjelang September.
Dalam laporan sama, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas), J Suresh, memberi amaran bahawa satu lagi kenaikan harga beras import, bersama-sama dengan peningkatan kos bahan mentah, boleh memaksa pengusaha restoran menaikkan harga mereka.
“Ini juga boleh menyebabkan tawaran Menu Rahmah terhenti,” katanya lagi.