Antarabangsa

Harga Barangan Keperluan Britain Naik 17%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 24 Januari 2023 – Harga makanan dan minuman di United Kingdom (UK) telah melonjak naik pada Disember lalu, yang mana ianya telah meningkat sebanyak 16.8 peratus pada ukuran tahunan.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Office of National Statistics (ONS) pada Rabu lalu. https://www.rt.com/business/570128-food-prices-britain-skyrocket/

BACA JUGA: Persatuan Penternak Jamin Bekalan Ayam, Telur Bakal Cukup

BACA JUGA: Kebudayaan Melayu Telah Wujud Di Rantau Alam Melayu Berabad-Abad – Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan

BACA JUGA: Pemimpin DAP Mahu Pusing Negara, Kempen Mansuh SOSMA

Kenaikan harga barangan telah didorong oleh barangan keperluan asas seperti roti, susu dan keju dan perkara ini telah memberi tekanan yang besar kepada keluarga yang berpendapatan rendah.

Data ONS turut menunjukkan bahawa harga susu telah meningkat lebih 50 peratus, harga roti telah meningkat satu per lima kali ganda dan barangan seperti gula dan pasta telah meningkat lebih daripada 25 peratus.

Harga barangan telah dilaporkan melonjak tinggi di restoran-restoran dan hotel-hotel, berikutan sektor tersebut terpaksa menyerap peningkatan kos yang mana inflasi pada sektor tersebut telah meningkat sebanyak 11.3 peratus pada Disember lalu.

Kadar inflasi yang berlaku pada sektor tersebut adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak dari 31 tahun yang lalu.

Secara keseluruhan, kadar inflasi di UK telah sedikit menurun pada Disember lalu namun ianya masih pada kadar yang tertinggi sejak 40 tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: