Tempatan

Harga Barang Mentah Tidak Turun, Tauke Mydin Sanggah Kenyataan Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2023 – Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Haji Dr Ameer Ali Mydin menyanggah kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa harga bahan mentah di pasaran sudah menunjukkan trend penurunan.

“Nak kata harga ayam, tak turun. Nak kata telur, tidak cukup. Nak kata daging, harga memang sudah lama naik. Kalau tepung atau gula, harganya stabil tapi tidak turun, ujar beliau yang menganggap kenyataan menteri tersebut tidak jelas.

BACA JUGA: Bekalan Ayam: Fasa Pulih, Benda Hidup Sukar Letak Tarikh – Menteri

BACA JUGA: Isu Bakar Al-Quran: Umat Islam Digesa Bersolidariti Jumaat Ini

BACA JUGA: PrEP: Suami Pengamal Homoseksual, Isteri Terpaksa Makan Ubat Sepanjang Hayat

Seterusnya, harga minyak masak di pasaran pula masih tidak berubah sementara sayur-sayuran pula bergantung kepada keadaan bekalan dan cuaca semasa, ujar Pengarah rangkaian pemborong dan peruncit terbesar di Malaysia itu.

“Menteri perlu beri perincian harga barang yang sudah turun itu,” kata beliau yang meminta Rafizi Ramli memperincikan apakah bahan mentah yang turun harga seperti dimaksudkan oleh Menteri Kewangan itu.

Selain harga bahan asas utama makanan tidak turun, ia juga tidak menunjukkan trend pengurangan sejak 2020, malah harga bahan mentah yang dipakai oleh peniaga makanan naik antara 10% hingga 15% pada tempoh yang sama, jelas Datuk Amer Mydin.

Beliau juga menjelaskan bahawa harga beberapa barangan makanan dan bahan jenama antarabangsa juga dijangka meningkat kira-kira 5% bermula bulan depan susulan sektor perniagaan peruncitan kini berhadapan dengan peningkatan kos operasi, seperti penarikan subsidi tarif elektrik, pelaksanaan peraturan baharu bayaran kerja lebih masa untuk pekerja dan kekurangan tenaga kerja.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun.

“Pengguna perlu bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga. Itu cara terbaik untuk kita mempengaruhi keputusan peniaga terutamanya di restoran,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: