Tempatan

Harga Barang Dijangka Naik 20 Peratus Menjelang Oktober

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2023 – “Harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini,” kata Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan.

Ujarnya seperti dilaporkan sebuah portal tempatan, peningkatan kos itu ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi.

BACA JUGA: Rosakkan Monumen Purba Colosseum, Pelancong England Bakal Berdepan Hukuman Penjara

BACA JUGA: 100 Ibu Bapa Protes Bantah Pengajaran Bahan LGBT Di Sekolah

BACA JUGA: Cipta Lagu Hina Mekah & Madinah, Netizen Tuntut Polis India Ambil Tindakan

Tambahnya, pihaknya mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari lalu.

“Jika sebelum ini kamu perlu bayar RM100,000 untuk import (satu-satu barangan), sekarang kamu perlu bayar RM120,000 hingga RM130,000 untuk import barangan yang sama.”

“Kesannya, harga barangan peringkat pengguna pun akan naik dan saya menjangkakan pada suku ketiga tahun ini, harga barangan pengguna meningkat sekurang-kurangnya 20 peratus. Jika sebelum ini ada satu produk dijual pada RM10, ia akan meningkat kepada RM12 hingga RM12.50 sekurang-kurangnya.”

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin juga dilihat turut menyatakan perkara sama di mana beliau berkata, kenaikan harga barangan dijangka mula berlaku Ogos dan September tahun ini.

Walau bagaimanapun, kenyataan ini dipertikai oleh Ketua Penerangan PKR yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.

“Saya lihat laporan dalam beberapa media hari ini bahawa dalam bulan Ogos ini, harga barang naik 20 peratus. Macam mana dia tilik, dia rujuk, Nujum Pak Belalang kah dia ini, bulan Ogos harga akan naik,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: