Tempatan

Harga Ayam Naik Lagi Bulan Depan?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 19 Jun 2022 – “MOF akan laksanakan sesuatu untuk bantu mereka yang memerlukan, dalam berdepan dengan kenaikan harga ayam di pasaran,” ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan yang memaklumkan Kementerian Kewangan sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini susulan jangkaan harga ayam yang akan meningkat.

Kerajaan ketika ini menetapkan harga runcit maksimum ayam dan telur di Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, penamatan skim harga maksimum ayam bukan bermaksud Kerajaan tidak mempedulikan pengguna, namun ia mampu menjejaskan industri ternakan ayam dalam jangka masa panjang termasuk dengan negara tidak lagi dapat mengeluarkan sumber ayam sendiri dan terpaksa mengimport.

“Sebab itu perlu diteliti secara mendalam, dan seharusnya kita hentikan harga maksima dan bantu pengguna yang berpendapatan rendah cara lain, bukan lagi subsidi pukal.”

Nanta turut mengingatkan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan menerusi harga apungan dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

“Saya harap pihak industri tidak akan mengambil kesempatan dan menaikkan harga terlalu tinggi. Kita boleh terima sekiranya ia dilaksanakan dengan berpatutan, kerana kita pun tahu bahawa kos operasi telah meningkat.”

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: