Tempatan

Harga Ayam Lebih Dari RM12 Sekilogram Julai Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 21 Jun 2022 – Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Lau Ka Leng menjangkakan harga ayam segar bakal melonjak melebihi harga RM12 apabila skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Kenaikan itu adalah tindak balas normal pasaran terbuka apabila harga siling bahan mentah itu tidak lagi dikuatkuasakan bermula 1 Julai ini, ujarnya menurut Berita Harian.

“Faktor kenaikan harga ayam segar itu perlu dilihat kepada pasaran iaitu membabitkan kos operasi pengeluar dan peniaga selain trend pembelian semasa juga.”

“Jika permintaan ayam segar kekal tinggi dengan bekalan tidak dapat dipenuhi sudah pasti harganya melonjak, apatah lagi bulan depan akan ada lagi musim perayaan raya Haji.”

Dakwa Lau Ka Leng lagi, pengeluar juga masih bergelut untuk mengisi tenaga kerja asing di ladang-ladang ternakan ayam mereka yang menjadi antara faktor utama pengeluaran ayam yang rendah sejak pandemik melanda.

“Ketika ini bekalan ayam hanya dapat ditambah 10 peratus sahaja dan kita juga berharap ia dapat distabilkan menjelang akhir bulan depan.”

Akan tetapi, beliau memberi jaminan kenaikan harga ayam segar itu dijangka bersifat sementara sehinggalah pengeluaran bekalan ayam berjaya distabilkan dan pulih sepenuhnya.

Terdahulu, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan, penamatan skim harga maksimum ayam pada 30 Jun 2022 ini bukan bermaksud Kerajaan tidak mempedulikan pengguna, namun ia mampu menjejaskan industri ternakan ayam dalam jangka masa panjang termasuk dengan negara tidak lagi dapat mengeluarkan sumber ayam sendiri dan terpaksa mengimport.

Manakala Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Dr Ronald Kiandee sebelum ini pernah mengatakan bahawa bekalan ayam di negara ini didapati mulai stabil dan tiada kekurangan ketara yang dikesan di pasar basah, pasar tani dan pasar raya seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: