PRU-15

Saya Ditendang Keluar Grup Whatsapp Cec Dap! – Ronnie Liu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 – Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew dalam satu kenyataan Facebook memaklumkan bahawa beliau telah ditendang keluar dari ‘Group Whatsapp Ahli Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP semalam walaupun masih bergelar ahli dalam organisasi tersebut.

Menurutnya, tindakan tersebut telah mencerminkan sebahagian kecil sikap pimpinan tertinggi yang tidak matang dan berdendam sedangkan, bagi Ronnie Liu, seorang pemimpin sejati itu perlulah bersikap mendengar dan memahami rungutan setiap ahli dalam lapisan kepimpinan daripada terus mengambil tindakan menghukum seperti itu.

Melalui kenyataan sama, Ronnie berkongsi, “Dalam falsafah Cina, jika berlakunya isu besar maka kita akan uruskan sehingga ia menjadi isu kecil dan kemudian, diuruskan lagi sehingga isu tersebut benar-benar selesai.”

Tambah Ronnie, kebimbangan terbesarnya terhadap parti politik Democratic Action Party (DAP) yang berprinsip dan disegani itu telah berlaku apabila, parti tersebut kini menjadi sangat autoritarian dan tidak lagi ‘bermain secara adil’.

“Adakah ini “Tanda Zaman” permulaan “Akhir DAP”,” soal Ronnie.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan agar berpeganglah kepada kata-kata anda ketika anda marah kerana kadang-kadang kata-kata yang diucapkan dalam keadaan marah meninggalkan parut yang tidak dapat diubati.

Coretannya diakhiri dengan mengucapkan selamat maju jaya buat DAP tercinta, beliau berkata,

“Saya sedih kerana sesetengah pemimpin kebangsaan (bukan semua) tidak mempunyai kebijaksanaan, ketabahan, wawasan dan watak untuk membawa DAP ke tahap yang lebih tinggi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: