Haram Lakon Watak Malaikat, Buka Ruang Hina Islam
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 11 Januari 2023 – “Lakonan manusia sebagai watak malaikat adalah haram kerana ia membuka ruang untuk golongan yang berniat jahat menggunakan peluang untuk berkarya dalam filem bagi menghina Islam.”
“Segala gambaran imej malaikat dalam lakonan tersebut yang tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah adalah dilarang. Larangan ini termasuk dengan perkataan atau perbuatan seperti melukis, bertindak, bercakap atau sebaliknya.”
Demikian penegasan jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengenai isu di mana terdapat satu filem tempatan memaparkan watak malaikat, yang dilakonkan oleh pelakon tanah air.
Menurut PMWP, lakonan manusia sebagai malaikat dilihat bertentangan dengan kehadiran malaikat yang hanya diketahui menerusi wahyu daripada Allah SWT. Ia juga dianggap seperti menghina kedudukan malaikat sebagai makhluk suci dan memalukan agama.
“Perbuatan mengolok-olokan, meremehkan atau merendah-rendahkan kedudukan malaikat adalah ditegah sebagaimana yang diharamkan perbuatan tersebut kepada para Rasul.”
Selain itu, perbuatan tersebut juga banyak diadaptasikan dalam filem barat dan keadaan ini membentuk sifat tidak berbangga sekali gus mencairkan identiti Islam apabila dicampur adukkan dengan pemikiran mengikut ideologi Barat.
Artikel tersebut turut menyentuh pandangan daripada ulama moden seperti Dr Abdel Hay Azab, ulama Al-Azhar yang berkata, perbuatan memberi rupa paras malaikat dalam karya seni tidak dibenarkan.
Dalam pada itu, Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menegaskan fatwa bahawa menggambarkan watak para nabi, malaikat, Khulafa’ Ar-Rashidin dan para sahabat merupakan perbuatan tercela.
“Ini kerana ia bertujuan untuk mengelirukan pemikiran umat Islam dalam berinteraksi dengan akidah, al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW,” ujar kenyataan tersebut.
BACA JUGA: Telur Hilang: Mat Sabu Tengok Telur India?
BACA JUGA: KDN Jamin Permudah Urusan Pohon Kewarganegaraan
BACA JUGA: Pecah Masuk Bengkel & Curi Motosikal, Suspek Warga Asing Diberkas
Tambah PMWP, larangan berkenaan bertepatan dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-bahan Penyiaran Berunsur Islam pada tahun 2015.
Kriteria penapisan bahan-bahan multimedia dan penyiaran berunsur Islam telah menggariskan bahawa Tidak Melakonkan Atau Menggambarkan Sebarang Ilustrasi Atau Watak Para Nabi, Malaikat, Syaitan dan Perkara-Perkara Sam’iyyat dan Ghaibiyyat.