Antarabangsa

Moga Allah Permudah Queer LGBT Sempena Bulan LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PORTLAND, 03 Jun 2022 – Bersempena sambutan bulan LGBT, seorang pengguna laman sosial Twitter baru-baru ini memberikan ucapan selamat menyambut “Bulan LGBT” kepada golongan queer Islam, serta ‘mendoakan’ supaya kehidupan mereka dipermudahkan.

“Selamat menyambut (bulan) Pride kepada semua rakan-rakan Muslim saya! Moga Allah permudahkan gangguan yang kita hadapi dari orang Islam yang homofobik dan queerfobik…“ ucap Noor, pengguna laman Twitter.

Pengguna tersebut mengutarakan ucapan tersebut sebagai sebuah respon kepada ucapan oleh pengguna lain.

“Selamat menyambut ‘Bulan Pride’ kepada semua orang Islam ‘queer’ yang mana seksualiti dan kepercayaan mereka seperti dalam pertentangan tanpa kesudahan,” ujar pengguna yang berasal dari Singapura itu.

“Bulan Pride” adalah sebuah sambutan dalam kalangan golongan LGBT yang menganggap bulan Jun sebagai bulan meraikan seksualiti mereka, manakala “queer” pula adalah istilah yang sering digunapakai untuk merujuk kepada golongan LGBT.

Terdahulu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan bahawa kegiatan LGBT adalah sebuah dosa, walaupun pelakunya masih dikira sebagai seorang Muslim selagimana tidak menghalalkan perbuatan tersebut.

“Pengamal perbuatan ini, selagi tidak menghalalkannya, maka dia seorang Muslim yang berdosa sepertimana pendosa-pendosa yang lain,” tegas Dr MAZA seperti yang dilaporkan Awani.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: