Tempatan

Hanya Orang Miskin Yang Dikenakan Cukai Barangan Online – Pakar Ekonomi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Ogos 2022 – “Lupakan cukai kekayaan. Kerajaan ini sedang mengenakan cukai kepada orang miskin,” kata Khalid Karim, seorang pakar ekonomi.

Jelas beliau, tindakan Kerajaan meluluskan pelaksanaan cukai jualan sebanyak 10% ke atas barangan import berharga RM500 ke bawah yang dibeli menerusi platform dalam talian akan menjejaskan golongan M40 dan ke bawah lagi.

“Mereka tidak berpuas hati walaupun selepas memberikan RM15 bilion kepada T20 melalui subsidi bahan api. Mereka akan berusaha keras untuk menghukum kita kerana miskin,” kata beliau lagi.

Bermula Januari 2023, pembeli barangan import bernilai rendah (LVG) berharga RM500 ke bawah yang dibeli menerusi platform dalam talian perlu membayar cukai jualan yang dianggarkan sebanyak 10 peratus.

Pelaksanaan cukai jualan ini selaras dengan pembentangan dua rang undang-undang (RUU) di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: