Tempatan

Hanya 7% Hospital Negara Islam Malaysia Mesra Ibadah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 September 2022 – Hanya 10 dari 145 senarai hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh Malaysia diiktiraf sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI), iaitu hospital yang menyediakan fasiliti serta khidmat bimbingan untuk pesakit menunaikan ibadah ketika menerima rawatan.

Antara 10 senarai diiktiraf HMI tersebut adalah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu; Hospital Serdang dan Hospital Shah Alam di Selangor; Hospital Taiping dan Hospital Teluk Intan di Perak.

Selain itu, Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah; Hospital Pulau Pinang; Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Pontian, Johor serta Institut Kanser Negara di Putrajaya turut berada dalam senarai pengiktirafan HMI.

Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program kerjasama KKM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memenuhi keperluan spiritual pesakit semasa mendapat rawatan di fasiliti kesihatan melalui pelaksanaan ibadah.

“Melalui program ini, pihak hospital beri kemudahan tunaikan solat, beri motivasi kepada pesakit malah mengajar bagaimana berwuduk dan solat bagi orang yang sakit. Ini penting kerana solat itu satu ibadah.”

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, proses audit pengiktirafan standard HMI dilaksanakan barisan pegawai dilatih oleh sekretariat HMI serta standard yang dibangunkan oleh KKM dan JAKIM.

Standard HMI mengandungi enam teras utama iaitu organisasi dan pengurusan; pembangunan dan pengurusan sumber manusia; polisi dan prosedur; peralatan dan kemudahan; aktiviti keselamatan dan peningkatan kualiti serta kerjasama agensi luar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: