Tempatan

Hannah Yeoh Patut Disiasat, PM Patut Tukar – Ketua Penerangan PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – “Hannah Yeoh ini saya rasa dia perlu disiasat. Ataupun kemungkinan kalau betul Dato’ Seri Anwar mementingkan kaum majoriti dalam negara, minta dia ditukarkan kepada satu menteri yang lain. Menteri wanita ke, menteri apa tukar dekat situ,” tegas Ketua Penerangan Parti PERKASA, Irwan Fahmi Ideris.

Katanya, isu di gereja yang melibatkan Menteri Belia dan Sukan itu dipercayai bertentangan dengan Perlembagaan negara namun pihak mereka hanya memfokuskan kepada Perkara 11 tanpa meneliti fasal empat dalam perkara tersebut.

“Dalam fasal empat dinyatakan, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga mana-mana negeri yang berkenaan berhak menyekat iktikad, doktrin terhadap orang yang anuti agama Islam.”

Ujar beliau, perkara itu cukup jelas dalam Perlembagaan negara sehingga menimbulkan persoalan, benarkah Hannah Yeoh tidak maklum mengenai perkara asas dalam Perlembagaan negara ini.

Dalam pada itu, Irwan Fahmi Ideris juga menjawab kenyataan Hannah Yeoh terhadap lawatan Presiden PAS ke sebuah gereja di Sarawak.

Tegasnya, “Kita yang tua bangka ini kita mungkin iman kita kuat. Tapi macam mana dengan budak-budak?”

Beliau tegaskan supaya Hannah Yeoh tidak melakukan perkara yang mengelirukan rakyat.

“Berkemungkinan tok guru ini ke, siapa-siapa ke, dia MP dalam kawasan tu, sudah tentulah dia kena pergi ke kuil. Sudah tentulah dia kena pergi ke church. Sebab pengundi-pengundi dia ada situ.”

Menurut beliau, itu perkara yang membezakan antara lawatan Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan program yang dikaitkan dengan Kementerian di bawah Hannah Yeoh.

BACA JUGA: Proklamasi Melayu Itu Sebagai Warning Card 

BACA JUGA: Hutan Simpan Ulu Jelai Dicerobohi Puluhan Warga China, Melombong

BACA JUGA: Rancang Bakar Al-Quran Bulan Ramadan, UK Larang Kemasukan Paludan

Beliau turut menggesa Anwar Ibrahim menukar jawatan Hannah Yeoh kerana Kementerian Belia merupakan satu kementerian yang penting untuk negara.

“Kementerian Belia ini satu kementerian yang penting sebab belia ini adalah masa depan negara dan salah satu ‘frontline’ untuk anak-anak muda yang ada dalam negara ini. Saya harap supaya menteri ini, kita tukarlah. Kita mintalah Perdana Menteri kita tukar,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Irwan Fahmi juga mengingatkan kepada MP Melayu bahawa perkara ini bukan soal kuasa namun berkait dengan amanah yang sepatutnya dijalankan dan masa depan negara.

Ujarnya, ia hanya memerlukan dua pertiga majoriti di dalam Ahli Parlimen untuk mengubah perkara-perkara Melayu ini. Ia boleh diubah daripada sekarang kerana Kerajaan Madani mempunyai kerusi yang banyak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: