Antarabangsa

Australia Pulangkan Artifak Arca Purba Abad ke-10 Kemboja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AUSTRALIA, 04 Ogos 2023 – Galeri Nasional Australia (NGA) akan memulangkan tiga arca purba dari abad ke-9 atau ke-10 kepada Kemboja selepas membuat kesimpulan bahawa ia berkemungkinan dicuri dari negara Asia Tenggara dan dijual secara haram.

Menurut satu laporan, NGA membeli tiga arca berkenaan daripada seorang penyeludup artifak Britain, Douglas Latchford dengan harga lebih AS$2.3 juta (RM10.48 juta).

Arca tersebut dilaporkan digali di sebuah ladang di Tboung Khmum, timur Kemboja pada tahun 1994 sebelum ia diseludup ke pengedar seni antarabangsa merentasi sempadan di Thailand dan berakhir dalam koleksi Latchford.

BACA JUGA: Ubat Batuk Beracun: Firma India Terkait Kematian Di Cameroon, Diarah Henti Pengeluaran

BACA JUGA: Hapuskan Sistem Pencen Menteri, Ahli Parlimen Yang Bertingkat-MUDA

BACA JUGA: Hakisan Tanah Kubur: Keranda Terkeluar Nampak Kain Kafan, Waris Dicari

Latchford yang terlibat dalam perdagangan haram barangan antik sejak tahun 2016 telah didakwa pada tahun 2019 kerana melakukan pemerdagangan artifak Kemboja yang dicuri dan dirompak.

Namun, Latchford meninggal dunia pada tahun 2020 sebelum kes tersebut dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, difahamkan anak perempuan kepada Latchford Nawapan Kriangsak telah bekerjasama dengan penyelidik dari NGA dan Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja untuk membantu memulangkan arca purba tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: