Tempatan

Hampir 6,000 Kawasan Risiko Banjir Dikenal Pasti Seluruh Negara – APM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA NERUS, 17  November 2023 – Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah mengenal pasti sebanyak 5,648 kawasan berisiko banjir seluruh negara pada musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, ujar Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed.

Menurut beliau, kawasan tersebut membabitkan 1,066 lokasi di Sarawak, 798 lokasi di Sabah, 750 lokasi di Pahang, Johor (745 lokasi), Kelantan (617 lokasi), Perak (286 lokasi) dan Selangor (271 lokasi).

Antara kawasan lain juga termasuk Kedah (260 lokasi), Terengganu (258 lokasi), Pulau Pinang (241 lokasi), Melaka (124 lokasi), Negeri Sembilan (120 lokasi), Kuala Lumpur (73 lokasi), Perlis (22 lokasi) dan Labuan (17 lokasi).

Justeru itu, beliau mengingatkan penduduk kawasan terbabit supaya sentiasa berwaspada dan menyiapkan semua barang kecemasan dan dokumen penting untuk dibawa sekiranya berlaku banjir atau bencana lain.

Memetik akhbar, beliau turut memesan bahawa, “Setiap ketua isi rumah dinasihatkan menyediakan beg ‘Ready To Go’ yang di dalamnya dah disimpan segala dokumen penting dan barang keperluan kecemasan. Jika berlaku bencana terus ambil beg tersebut untuk ke tempat lebih selamat.”

“Selain itu, tolong patuhi nasihat dan beri kerjasama kepada anggota keselamatan kerana mereka bertugas untuk menyelamatkan nyawa anda,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: