Antarabangsa

Hampir 50% Masjid Di UK Telah Diserang Pembenci Islam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 30 Julai 2022 – Hampir separuh daripada masjid dan institusi Islam di United Kingdom pernah mengalami serangan bermotifkan agama sepanjang 3 tahun kebelakangan ini, menurut sebuah kajian.

Laporan kajian yang berjudul “A National Survey: Attacks Upon Mosques and Islamic Institutions in the UK” itu juga mendedahkan bahawa sepanjang Mac 2020 sehingga Mac 2021, 45% serangan kebencian terhadap agama telah disasarkan terhadap umat Islam.

Kebanyakan masjid-masjid tersebut telah diserang oleh para pelaku vandalisme selain ada yang bertindak melakukan jenayah mencuri di rumah-rumah ibadah itu.

Banyak masjid melaporkan bahawa terdapat penyerang yang memecahkan tingkap-tingkap, merosakkan kenderaan para jemaah, dan menconteng grafiti yang berbaur perkauman di dinding-dinding masjid.

Lebih kurang 30% masjid yang diserang puak pembenci Islam itu juga melaporkan bahawa terdapat serangan fizikal juga terhadap para jemaah – termasuk seorang imam telah ditikam di pintu masuk sebuah masjid.

Serangan ke atas masjid-masjid adalah perkara biasa di United Kingdom, dan ianya semakin menjadi parah selepas peristiwa serangan berdarah di Masjid di Christchurch pada Mac 2019 yang telah mengakibatkan syahidnya 51 orang jemaah.

Pihak pengurusan masjid juga mengadu tidak dapat pembelaan bagi kes-kes sebegini. Cuma 55 peratus masjid ini sahaja yang berpuas hati dengan tindak balas pihak polis setelah laporan dibuat.

Leave a Reply

Back to top button