Antarabangsa

Pelajar Dihalang Memasuki Sekolah Kerana Berhijab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SRINAGAR, 12 Jun 2023 – Para pelajar dari sekolah Vishu Bharti (VB) di Rainawari, Srinagar mengadakan protes terhadap pentadbiran sekolah berikutan mereka tidak dibenarkan untuk memasuki sekolah kerana berhijab.

“Kami diberitahu bahawa kami mesti pergi ke Madrasah jika kami mahu memakai hijab. Pentadbiran sekolah memberitahu kami bahawa kami merosakkan suasana sekolah,” kata seorang pelajar yang memprotes.

Menurut laporan The Kashmir Walla, pihak pentadbiran memberitahu bahawa mereka tidak menentang berhijab tetapi mereka mahu para pelajar mematuhi peraturan kod pakaian.

BACA JUGA: JPV Selangor Rampas 247 Tan Karkas Babi Bernilai RM300,000

BACA JUGA: MP Negara Haram Aparteid Israel Gesa Sebahagian Besar Masjid Al-Aqsa Dirampas

BACA JUGA: B40 Perit Subsidi Ayam, Telur Dimansuhkan

“Siapa mereka untuk menilai kami disebabkan apa yang kami pakai. Kami didiskriminasi dalam aktiviti sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain. Pelajar lelaki terus menghisap rokok di dalam kelas tiada siapa mempunyai masalah dengan itu, tetapi bila pelajar perempuan mula memilih pilihan mereka, ramai orang mempunyai masalah,” kata seorang lagi pelajar yang turut memprotes.

Sementara itu, seorang dari kumpulan ibu bapa berkata, pelajar terbabit melakukan perbuatan vulgarisisme di dalam kawasan sekolah.

“Ini tiada masalah. Kami cuma meminta mereka menanggalkan hijab kerana banyak antara mereka yang memakai hijab berwarna-warni. Hijab tidak dilarang di sini. Kami cuma hendak memastikan setiap pelajar mengikut kod pakaian yang sama,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: