Antarabangsa

Halang Bantuan Ke Gaza Boleh Jadi Jenayah – Pendakwa Raya ICC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MESIR, 30 Oktober 2023 – Menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza boleh menjadi jenayah di bawah bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa, menurut Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Karim Khan.

“Seharusnya tidak ada halangan untuk bekalan bantuan kemanusiaan kepada kanak-kanak, kepada wanita dan lelaki, orang awam.”

“Mereka tidak bersalah, mereka mempunyai hak di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

“Hak-hak ini adalah sebahagian daripada Konvensyen Geneva, dan ia membawa kepada tanggungjawab jenayah apabila hak-hak ini diganggu gugat di bawah Statut Rom,” kata beliau pada sidang akhbar di Kaherah, Mesir, semalam.

Pada sidang akhbar itu, beliau juga berkata bahawa Israel mesti membuat “usaha yang jelas” untuk memastikan penduduk awam mendapat makanan dan ubat-ubatan asas berikutan bekalan bantuan ke Gaza berada pada tahap minimum.

Malah, beliau turut berharap untuk melawat Semenanjung Gaza dan Israel semasa dia berada di rantau itu, kerana “pejabatnya bertekad untuk memastikan hak-hak tersebut ditegakkan sejauh yang mungkin dan sejauh mana bidang kuasa kami membenarkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: