Tempatan

Hakisan Pantai Semakin Dekat, Peniaga Risau Tenggelam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LANGAT, 10 Ogos 2023 – Pantai Kelanang semakin diancam hakisan apabila jarak hakisan dilaporkan semakin dekat dengan kawasan parkir dan gerai jualan di sini.

Menurut Pengerusi Peniaga Gerai Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Pantai Kelanang, Shahrir Minit, 65, hakisan sepanjang 40 meter di pantai itu semakin meruncing sejak dua tahun lalu setelah benteng pasir yang dibina pecah dipukul ombak besar pada tahun 2021.

Katanya, masalah ini menimbulkan keresahan terhadap keselamatan para peniaga yang berurusan di kawasan tersebut.

BACA JUGA: LPPPQ Lulus Pemuliaan Lebih 10 Ribu Bahan Al Quran

BACA JUGA: Badan Khusus Dan Bajet Kerajaan Pusat Perlu Bantu Pulih Tasik Chini

BACA JUGA: Lebih Separuh Premis Awam Tidak Mencapai Standard Mesra OKU – KPWKM

“Hakisan pantai sepanjang kira-kira 40 meter ini menyebabkan air pasang besar yang berlaku di situ sampai ke kawasan daratan.”

“Jarak hakisan juga semakin dekat dan kami risau gerai ini akan runtuh atau ‘tenggelam’ sekiranya tiada tindakan dilakukan pihak berkuasa,” keluhnya.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Liza, 61, berkata, di kawasan itu terdapat lebih 10 individu yang menjalankan perniagaan sejak 2004.

“Kami bergantung kepada kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang datang untuk beriadah termasuk di hujung minggu untuk datang membeli barangan yang dijual.”

“Jika hakisan terus dibiarkan, lama-kelamaan kami akan hilang sumber pendapatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa memandang serius perkara ini dan melakukan sesuatu sebelum terlambat demi menjaga periuk nasi para peniaga di kawasan terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: