Tempatan

Hakisan Hulu Sungai Punca Banjir Di Bentong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 Februari 2023 – Tinjauan awal mendapati aliran puing yang menyebabkan limpahan air berlumpur di Kampung Baru Bukit Tinggi, Bentong baru-baru ini yang terdiri daripada campuran air, tanah dan bongkah batuan terhasil berikutan hakisan di bahagian hulu sungai.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam kenyataannya berkata, bongkah batuan didapati telah menghalang laluan air masuk ke inlet pembetung di bahagian tepi Jalan Persekutuan FT0068 (Jalan Lama Gombak- Bentong) dan menyebabkan aliran air asal terlencong ke bahagian tepi serta melimpah ke atas jalan.

“Seterusnya, aliran puing menghakis tebing sungai dan mengakibatkan kerosakan jalan serta berlakunya limpahan air dan lumpur di sepanjang aliran di bahagian hilir iaitu Kampung Baru Bukit Tinggi,” katanya pada Khamis.

BACA JUGA: Tanah Runtuh, Jalan Genting Sempah-Janda Baik Ditutup

BACA JUGA: Langgar & Seret Sampai Mati, Dua Suspek Diburu

BACA JUGA: Elaun Khas, Pingat Khidmat Tanda Penghargaan Buat Anggota SAR

Aliran puing tersebut turut menyebabkan kerosakan infrastruktur jalan dan pembetung bagi Jalan Persekutuan FT0068 termasuk 15 premis perniagaan dan lima rumah di kawasan tersebut.

NRECC melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) seterusnya berkata akan melaksanakan siasatan geologi bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

Susulan kejadian itu, satu lawatan kerja telah dijalankan pada Selasa bagi meninjau keadaan semasa di lokasi dan mendapatkan pandangan teknikal awal daripada JMG tentang punca kejadian.

Lawatan kerja itu diketuai Timbalan Menteri NRECC, Datuk Seri Huang Tiong Sii dengan disertai oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen; ADUN Ketari, Thomas Su Keong Siong dan pegawai-pegawai daripada JMG.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: