Tempatan

Hakim Tegur Jangan Gelar MAIPs Busy-Body – Aidil Khalid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2022 – Peguam, Aidil Khalid dalam satu kenyataan yang dibuat melalui laman rasmi Facebook miliknya baru-baru ini berkata, Hakim Yang Arif Evrol Mariette Peters mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan panggilan nama seperti “busy-body” dan lain-lain dalam menyampaikan hujah sebaliknya hanya menggunakan fakta serta undang-undang sahaja.

“Hakim Yang Arif Evrol Mariette Peters telah mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan name-calling seperti ‘bussy-body’ dan lain-lain dalam menyampaikan hujah.”

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian apabila Ketua Pasukan Peguam MAIPs, Tn Hj Haniff Khatri Abdullah membalas tuduhan yang menyatakan bahawa MAIPs merupakan penyibuk dalam perbicaraan kes anak-anak mualaf Loh Siew Hong yang berlangsung semalam.

Dalam perbicaraan kes tersebut, Haniff Khatri turut memaklumkan bahawa MAIPs hanya ingin menjalankan kewajipan mereka dari segi undang-undang dan hukum syarak bagi membantu para mualaf dari sudut kewangan, sokongan, pendidikan dan lain-lain.

Ketua Pasukan Peguam itu menegaskan bahawa MAIPs tidak mencabar sama sekali hak penjagaan anak-anak yang dipegang oleh ibu kepada anak-anak mualaf tersebut.

“Sama ada pertukaran agama anak-anak itu sah atau tidak, itu bukan isu di dalam Mahkamah Yang Mulia ini. Isunya di sini adalah mengenai kebajikan anak-anak tersebut dan bukan soal agama. Kami di sini bukan untuk masuk campur dalam hak penjagaan ibu.”

“Selepas penukaran agama, MAIPs memegang peranan penyeliaan bagi memastikan mualaf (mualaf baharu) mendapat akses kepada pendidikan dan bimbingan Islam yang diperlukan,” kata beliau.

Menutup kenyataan, beliau memaklumkan bahawa Mahkamah telah menetapkan tarikh pada 15 Jun 2022, keputusan berkenaan MAIPs akan dibenarkan mencelah ataupun tidak dalam kes ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: