Tempatan

Tarif Air Akaun Domestik Dijangka Naik Tahun Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad memberi gambaran kemungkinan tarif air bagi akaun domestik akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, pihak kementerian dalam proses membawa cadangan mekanisme penetapan tarif air baharu itu ke kabinet.

“Tarif baharu akan melibatkan operator air di Semenanjung dan Labuan dan kita menjangkakan akan ada peningkatan, terutamanya bagi akaun domestik yang sudah tidak naik begitu lama,” katanya.

Katanya, penetapan mekanisme baharu itu dijangka akan menambah hasil kutipan yang akan digunakan untuk mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW), selain meningkatkan infrastruktur bekalan air.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan meneruskan Mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi bekalan elektrik untuk tahun hadapan.

Mekanisme terusebut akan diteruskan sehingga kerajaan mempunyai maklumat yang terperinci tentang pendapatan isi rumah melalui sistem Pangkalan Data Utama (Padu).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: