Hak Istimewa Melayu: Perkauman Institusi Yang Halang Bukan Melayu Masuk Tentera – P Ramasamy
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 18 April 2022 – “Perkauman institusi dalam bentuk hak istimewa orang Melayu yang dimanifestasikan dalam dasar-dasar Kerajaan sejak beberapa dekad kebelakangan ini adalah punca utama mengapa terdapat sedikit pengambilan bukan Melayu dalam angkatan tentera.”
Demikian dakwaan pemimpin DAP, P Ramasamy dalam hantaran di Facebooknya bertarikh 12 April dengan menekankan bahawa perkauman institusional sebenarnya berlaku dalam perkhidmatan awam di Malaysia keseluruhannya.
BACA: ‘Misteri Kematian Mistik’ Lubuk Yu Jangan Berulang
BACA: Dos Penggalak Punca Jari Perlu Dipotong? Wanita Dapatkan Pandangan Kedua
BACA: Dunia Bakal Kebuluran Harga Barang Melambung
Tambahnya, walaupun ada peluang untuk orang bukan Melayu menyertai angkatan tentera atau perkhidmatan awam, namun perkara-perkara bertindan yang menentang mereka dalam bentuk perkauman institusi telah menghalang kemasukan mereka.
Selain itu, angkatan tentera bukanlah sebuah entiti yang bebas tetapi perlu beroperasi dengan batasan sempit dasar Kerajaan untuk memberi keutamaan kepada orang Melayu.
“Faktor perkauman institusi yang meresap dan melemahkan.”
Dasar-dasar ini seolah-olah dasar jangka panjang yang memujuk orang bukan Melayu supaya tidak menyertai angkatan tentera dan juga agensi lain seperti polis, dakwa P Ramasamy.
P Ramasamy berkata, penyelesaian kepada perkara ini adalah dengan membuka jalan kepada orang bukan Melayu dengan cara memberi layanan yang lebih adil kepada mereka dalam perkhidmatan awam oleh Kerajaan dengan menghapuskan dasar dan undang-undang yang tidak adil.
Walau bagaimanapun, merungkai perkauman intitusi adalah bertentangan dengan dasar Kerajaan yang telah lama tertanam yang memperoleh kuasa dan legitimasi daripada kaum dan agama, kata P Ramasamy.
Justeru, cadangan penubuhan pasukan petugas yang akan menyelesaikan punca masalah mengapa terdapat sedikit orang bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (MINDEF) hanyalah suatu jenaka kerana tidak mungkin mampu menyentuh perkara yang sangat sensitif tentang perkauman institusi di institusi awam amnya dan angkatan tentera khususnya, dakwanya lagi.