Tempatan

Haji: Hati-Hati Dengan Tawaran Visa Furada

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022 – Umat Islam dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan teliti sebelum menerima mana-mana khidmat tawaran visa furada bagi menunaikan ibadah haji, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata sedemikian bagi mengelakkan bakal jemaah haji daripada menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan pakej haji palsu.

“Kita harapkan biar sahkan elok-elok. Kita tak mahu nanti apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, bebannya nanti diletakkan pada TH. Sebab itu kita harapkan supaya apa sekalipun, pastikan supaya visa itu memang tulen dan ada penerbangan dan penginapan di sana,” tegas beliau.

Lapor Harian Metro, visa furada ialah visa yang dikendalikan sendiri dan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa melibatkan jumlah kuota pihak Tabung Haji (TH).

Hasil tinjauan menerusi media sosial mendapati bahawa pihak tidak bertanggungjawab semakin rancak mempromosikan visa furada serta menjanjikan pelepasan jemaah pada 5 Julai.

Namun begitu, promosi tersebut semakin meragukan kerana Kerajaan Arab Saudi sudah menetapkan tarikh penerbangan terakhir bagi haji adalah pada 4 Julai.

Mereka menawarkan pakej bermula daripada RM38,000 hingga RM56,000 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM15,000 untuk urusan visa di Kedutaan Arab Saudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: