Antarabangsa

“Hajarulaswad Itu Adalah Shiv Ling Kami” – Ketua Ekstremis Hindu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 10 Jun 2022 – “Mereka memanggilnya sang-e-aswad (batu hitam), itu adalah shiv ling kami,” demikian kenyataan dakwaan oleh Ketua Ekstremis Hindu, Yati Narsinghanand yang mengatakan bahawa Hajarulaswad yang terletak di salah satu bucu Kaabah di Masjidil Haram, asalnya adalah shiv ling kepunyaan penganut Hindu.

Tuduhan yang dibuat Yati Narsinghanand terperinci dengan mengatakan bahawa Dewi Tri Devi pernah disembah di tapak yang sama sebelum terbinanya Kaabah dan dia menuduh “Muhammad memecahkan kuil itu, dia tidak memecahkan shiv ling.”

BACA: Keluarga Arwah Adib Tetap Buru Pembunuh

BACA: Lantik Pesuruhjaya SUHAKAM Yang Berpegang Kepada Malaysia Sebagai Negara Islam – Pengerusi PEMBELA

BACA: Majlis Ulama Maghribi Larang Tayangan Filem Lady Of Heaven, Kisah Saidatina Fatimah R.A

Dalam video berdurasi 0:50 itu, Yati Narsinghanand menjamin bahawa jika digali mana-mana masjid besar akan ada kuil di bawahnya kerana penganut Hindu mempunyai 360-365 berhala yang berbeza.

Mengambil contoh masjid paling suci iaitu Masjidil Haram, di Kota Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi, beliau berkata dengan lantang kepada wartawan yang menemubualnya bahawa “Anda galinya, anda hanya akan menemui berhala hindu di Mekah. Ia adalah kuil hindu shiva,” merujuk kepada Kaabah iaitu kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.

Yati Narsinghanand dalam temubual itu juga menuduh orang Islam menjadikan amalan memecahkan kuil dan biara orang lain, merompak wanita, merogol mereka, menjual mereka di pasar, membunuh orang dan menceroboh harta sebagai budaya Islam.

Kenyataan tidak bertimbang rasa terhadap orang Islam oleh Yati Narsinghanand itu dikongsi oleh @ZaidZamanHamid di Twitternya semalam iaitu selepas umat Islam digemparkan oleh kenyataan Nupur Sharma menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang mengundang kemarahan dunia terutama orang Islam.

Nupur Sharma telah menghina Nabi Muhammad S.A.W. berikutan perkahwinan Baginda dengan Aisyah R.A.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: