Hagia Sophia – Turkiye Bakal Kenakan Bayaran Masuk Buat Pelancong Asing
TURKIYE, 05 November 2023 – Turkiye akan mula mengenakan bayaran masuk ke Masjid Besar Hagia Sophia pada pelancong asing mulai 15 Januari 2024.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Mehmet Nuri Ersoy pada Selasa lalu yang menyatakan bahawa dengan pelaksanaan dasar pengurusan pelawat, kualiti dan keselamatan lawatan akan ditingkatkan di mana kemasukan pengunjung akan dibahagikan secara sama rata melalui laluan yang berbeza.
Biarpun begitu, menurutnya tiada sebarang perubahan buat mereka yang mengunjungi masjid untuk tujuan ibadah secara berkala dan perubahan hanya dilakukan melibatkan kemasukan pelancong asing yang datang berkunjung atas dasar pelancongan dan kebudayaan.
Ersoy menjelaskan, “pelan pengurusan pelawat” adalah selaras dengan panduan UNESCO dan bertujuan untuk memelihara Masjid Hagia Sophia sebagai Tapak Warisan Dunia.
Namun begitu, perincian berhubung jumlah bayaran yang akan dikenakan serta cara pelawat menyatakan tujuan kunjungan mereka tidak beliau dinyatakan.