Tempatan

Hafizah Al-Quran Wakili Malaysia Dalam Sukan Pedang Peringkat Dunia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 13 April 2022 – Sofea Nurfatnin binti Abdul Razak, pelajar tingkatan 3 Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) berjaya mewakili Malaysia ke Junior & Cadet Fencing World Championship 2022 bertempat di Hamdan Sports Complex, Dubai, UAE bermula 2 hingga 10 April 2022 lalu.

Gadis berusia 15 tahun ini yang juga merupakan seorang hafizah Al-Qur’an dipilih untuk bertanding dalam dua acara pertarungan pedang itu iaitu Cadet Foil dan Cadet Epee.

Pencapaian cemerlang Sofea Nurfatnin ini dikongsikan oleh MTNP dalam laman Facebook mereka baru-baru ini.

“Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga MTNP mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi penghargaan kepada Sofea Nurfatnin bt Abdul Razak pelajar Tingkatan 3 Tahfiz Profesional MTNP kerana telah terpilih mewakili Malaysia ke Junior & Cadet Fencing World Championship 2022 bertempat di Hamdan Sports Complex, Dubai, UAE bermula 2 hingga 10 April 2022.”

“Pada kejohanan kali ini Sofea Nurfatnin yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran telah bertanding dalam dua acara iaitu Cadet Foil dan Cadet Epee dan layak sehingga peringkat kumpulan.”

“Kejayaan mewakili negara ke pentas dunia bersaing dengan lebih 100 orang peserta daripada 50 buah negara adalah suatu yang amat membanggakan dan pengalaman yang sangat berharga,” kata MTNP.

Terdahulu, Sofea tampil cemerlang dalam pertandingan lawan pedang anjuran Persekutuan Lawan Pedang Malaysia.

Pertandingan Lawan Peringkat Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah, Wisma Olympics Council Malaysia (OCM) itu diadakan bagi memilih atlet lawan pedang yang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa 2022.

Dalam pertandingan itu, hafizah Al-Qur’an itu berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori Kadet Perempuan Foil dan tempat ke-6 bagi kategori Kadet Perempuan Epee.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: