Tempatan

Had Umur 30 Tahun Belia Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 November 2023 – Had umur bagi belia Malaysia akan diturunkan kepada 30 tahun berbanding 40 tahun ketika ini yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pihak kerajaan telah menetapkan tarikh kuat kuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (pindaan) 2019 [Akta A1602] pada tarikh tersebut.

Katanya, selain melibatkan penurunan had umur belia kepada 30 tahun, pindaan itu juga turut melibatkan penetapan had umur ketua atau pemegang jawatan pertubuhan belia daripada 18 hingga 30 tahun dan tempoh untuk ketua pertubuhan belia turut dihadkan kepada empat tahun sahaja.

Malah, warta berkenaan penetapan tarikh mula kuat kuasa juga telah disiarkan di laman sesawang Jabatan Peguam Negara pada 20 November 2023.

Hannah yang berkata demikian pada sidang media Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) kelmarin turut menjelaskan bahawa pemakluman tersebut penting agar semua pihak berkepentingan berkaitan belia cakna akan penguatkuasaan pindaan tersebut terutamanya melibatkan had umur belia.

Jelas Hannah, penurunan had umur itu selaras dengan Dasar Belia Malaysia di samping turut mengambil contoh had umur belia di negara lain seperti Indonesia, 16-30 tahun; Filipina, 15-30 tahun; Thailand 15-24 tahun; Korea, 9-24 tahun dan Australia 12-24 tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: