Antarabangsa

Had Pemanasan Global Turun Kepada 1 Celcius

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BARCELONA, 05 Jun 2023 – Had pemanasan global menurun kepada 1 darjah Celsius (°C) berbanding 1.5°C sebelum ini, menurut analisis terbaharu.

Berdasarkan analisis yang diterbitkan jurnal ‘Nature’, saintis mendapati had untuk mengelakkan bahaya yang ketara kepada manusia cukup hanya 1°C.

BACA JUGA: Doktor Mahu Caj RM1 Klinik Kesihatan Dinaikkan

BACA JUGA: HSP 3.0: Majikan Diseru Galakkan Pekerja Buat Saringan Kesihatan Percuma Di Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

Perubahan itu berlaku memandangkan tahap pemanasan bumi meningkat kira-kira 1.2°C sejak era pra perindustrian.

Namun begitu, beberapa perkara masih kekal dengan tetapan sebelum ini antaranya liputan ais dan terumbu karang boleh tercetus jika tahap pemanasan melepasi 1.5°C.

Pakar iklim merangkap Pengarang Bersama kajian berkenaan, Johan Rockstorm, berkata, berpandukan prospek berkenaan, penting bagi penggubal dasar dan orang awam mengetahui keadaan bumi yang kini berada dalam keadaan sangat berisiko.

“Ini sekali gus menjadikan 1°C sebagai tahap maksimum pemanasan global. Terdapat banyak bukti saintifik mengenai kadar (pemanasan global) sebenarnya sudah melepasi had,” katanya yang juga Pengarah Institut Kajian Impak Iklim Potsdam.

Dalam pada itu, Johan turut memaklumkan , kadar pemanasan semasa mungkin sudah menjangkaui 2°C, selain memaklumkan tahap 1.5°C dicapai, pada 2015.

Terdahulu, Pertubuhan Meteorologi Sedunia berkata, suhu purata global mungkin melebihi 1.5°C, iaitu matlamat ditetapkan menerusi Perjanjian Paris 2015 bagi menangani perubahan iklim dalam tempoh lima tahun akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: