Tempatan

Beri Mahkamah Syariah Kuasa Penuh Untuk Semakan Kehakiman – Profesor Shamrahayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022 – Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz menggesa supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membenarkan Mahkamah Syariah untuk mempunyai kuasa penuh menjalankan proses semakan kehakiman.

Beliau yang merupakan penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyatakan bahawa jalan penyelesaian yang terbaik adalah melalui proses pindaan undang-undang.

“Pilihan terbaik sekarang adalah pindalah Perlembagaan (berhubung perkara) itu,” ujar beliau.

Proses semakan kehakiman adalah sebuah proses di mana mahkamah akan menyemak sama ada tindakan badan berkanun atau institusi kerajaan mengikut ketetapan undang-undang atau tidak.

Beliau turut menggesa supaya Perlembagaan dipinda untuk memberikan Dewan Undangan Negeri (DUN) kuasa bagi meminda undang-undang memperkasa Mahkamah Syariah.

Isu ini tercetus apabila SIS Forum mencabar keabsahan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memberikan kuasa semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya telah membuat satu keputusan yang berpihak kepada SIS Forum sekaligus menjadikan Seksyen 66A tersebut tidak sah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: