Tempatan

Cuaca Panas : Sungai Tembeling Mula Cetek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERANTUT, 07 Ogos 2023 – Sungai Tembeling yang menjadi nadi kepada tiga perkampungan di daerah Jerantut mula cetek sekali gus menimbulkan kegusaran di hati penduduk setempat.

Keadaan air semakin tohor, menjadikan Sungai Tembeling yang merupakan laluan pengangkutan utama bagi menghubungkan mereka dengan dunia luar semakin lumpuh.

“Air Sungai Tembeling semakin cetek ketika ini dan menyukarkan penduduk tiga kampung iaitu Kampung Bantal, Kampung Bantal Seberang dan Kampung Mat Daling untuk menyeberang sungai atau ke tempat kerja serta melakukan urusan lain.”

“Malah, apabila air mula cetek ia turut mengakibatkan banyak kawasan kelihatan pasir ‘timbul’ dan membentuk beting sepanjang antara tiga hingga lima meter di tepi dan tengah sungai, hingga menyukarkan bot penambang bergerak lancar kerana kerap tersekat,” kata Jamizan Rashid, 45, yang menetap di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.

BACA JUGA: Perkhidmatan Feri Baru Pulau Pinang Tawar Tiket Percuma Hingga September

BACA JUGA: Kadar Pengangguran Bakal Stabil Pada Tahun 2025

BACA JUGA: PN Utamakan Rakyat, Akan Batalkan Projek Tambak Laut Jika Berjaya Tadbir Pulau Pinang

Selain itu, keadaan ini turut menyukarkan rakyat setempat untuk mencari pendapatan dengan menangkap ikan sungai.

Adenan Nipah, 68, berkata, kebanyakan ikan mula berpindah ke kawasan lubuk dan bawah batu kerana tidak dapat bergerak akibat sungai terlalu cetek manakala ikan patin, ikan lawang, ikan jengkua dan ikan liar lain mencari makanan di kawasan hilir sungai jauh dari sini.

Tambahnya, pengunjung dan kaki pancing juga semakin kurang datang ke kawasan ini kerana air cetek membataskan mereka untuk memancing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: