Tempatan

Guru Tidak Perlu Masukkan Markah Pentaksiran Bilik Darjah Berkali-Kali Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 23 September 2022 – Para guru kini tidak perlu lagi memasukkan data pemarkahan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang sama berulang kali, dalam sistem yang berlainan, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Ini kerana, Kerajaan telah mewujudkan satu platform untuk guru-guru memasukkan markah PBD pelajar, iaitu sistem perekodan data dan pelaksanaannya yang bakal meringankan tugas guru tersebut dijangka bermula hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan sistem perekodan data untuk guru-guru memasukkan markah PBD pelajar Tahun Empat, Lima, Enam dan Tingkatan Satu, Dua, Tiga itu hanya akan dikongsikan antara guru dan Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja.

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang sebelum ini turut menerima data markah PBD tersebut daripada guru-guru, tidak boleh lagi mengaksesnya seperti biasa kerana data tersebut hanya boleh diakses dengan kebenaran dan data yang tertentu sahaja.

Mengulas lanjut, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, melalui data yang dimasukkan ke dalam platform khas itu, KPM boleh mengenal pasti sekiranya sesebuah sekolah itu memerlukan intervensi dari Kementerian.

“Bila kita dapat data seluruh negara, kita boleh cerakinkan data ini mengikut negeri, PPD, kawasan dan sebagainya untuk kita lihat sekiranya perlu mendapat intervensi.”

Tambah beliau, pelaksanaan sistem itu kelak dapat menambah kecekapan sistem pendidikan serta dapat meningkatkan efisiensi tugasan guru.

PBD adalah antara komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkasakan berikutan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: