Tempatan

Guru Sementara Diabaikan Selepas Tiga Tahun Perkhidmatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 10 Mac 2022 – Kira-kira 300 guru sementara di sekolah kerajaan kini diberitahu bahawa mereka tidak layak dipanggil temuduga untuk jawatan tetap.

Menurut Free Malaysia Today, 300 guru berkenaan diserap masuk bagi mengatasi masalah kekurangan guru dan telah mengajar selama tiga tahun di sekolah-sekolah tersebut.

Seorang guru sementara yang memaklumkan tentang perkara ini berkata, daripada 400 guru sementara di seluruh negara hanya 70 sahaja yang dipanggil untuk temu duga yang dijalankan pada minggu lalu.

Hal ini kerana mereka tidak menepati syarat Band 5 dalam ujian Malaysian University English Test (MUET) biarpun terpaksa melalui kesukaran untuk mengikuti pengajian Diploma Pendidikan secara dalam talian oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kerajaan akibat pandemik COVID-19.

“Kebanyakan kami memperoleh Band 4 selain ijazah perguruan, diploma (pendidikan) dan tiga tahun menjadi guru sementara. Kami sepatutnya lebih daripada layak,” ujar beliau yang terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM5,000 bagi mengikuti program diploma di luar waktu bekerja.

“Sekurang-kurangnya kami meminta mereka untuk menyerap kami secara tetap dengan syarat kami akan memperoleh Band 5 dalam ujian MUET atau kelayakan lain yang setara seperti Rangka Kerja Rujukan Bahasa Eropah (CEFR) dalam tempoh dua tahun,”

“Kami ingin menduduki ujian MUET tetapi hanya calon sekolah sahaja dibenarkan disebabkan pandemik sejak dua tahun lalu.”

“Ia dibuka kepada semua pada Januari tahun ini tetapi sudah terlambat. Ujian selepas ini hanya diadakan pada Jun dan pada masa itu kontrak kami telah pun tamat,” tambah beliau lagi.

Beliau bersama beberapa guru yang mengalami nasib sama terpaksa mewujudkan satu kumpulan Whatsapp dan menulis surat rayuan kepada Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) supaya dilanjutkan kontrak yang akan tamat pada bulan depan.

Ketika mula berkhidmat, guru-guru ini telah dijanjikan untuk diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan selepas kontrak sekiranya berjaya menamatkan pengajian Diploma Pendidikan.

Malangnya, mereka yang diambil untuk mengajar di sekolah kerajaan pada 2019 itu telah dimaklumkan oleh SPP pada 28 Feb bahawa mereka tidak memenuhi syarat pengambilan untuk ke jawatan tetap.

SPP telah menetapkan bahawa guru-guru terbabit perlu memperolehi Band 5 dalam ujian MUET atau C1 dalam CEFR untuk layak dilantik ke jawatan tetap.

Pada 9 Mac 2022, Kementerian Pendidikan melalui FMT tampil menjawab rayuan guru-guru interim itu dengan menawarkan peluang untuk diserap ke jawatan tetap.

“Guru interim BI yang dilantik pada 22 April 2019 akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini serta memenuhi syarat Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR) pada tahap mahir C1 dan lulus temuduga akan dilantik ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” ujar beliau.

“Bagi guru interim BI yang tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan ditemuduga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP dalam masa terdekat,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: