Guru Kanada ‘Sekolahkan’ Pelajar Muslim Kerana Ponteng Acara LGBT
KANADA, 09 Jun 2023 – Seorang guru di sekolah Londonderry Junior High School menempelak pelajar-pelajar Muslim selepas mereka didapati tidak menghadiri sambutan Pride LGBT di sekolah itu.
Menerusi sebuah rakaman suara yang berdurasi 2 minit, guru tersebut menyatakan bahawa tiada sebarang aduan daripada badan pelajar non-Muslim sewaktu Ramadan diiktiraf di dalam sesi “Lion Time”, sebuah sesi harian yang berdurasi 20 minit bagi tujuan orientasi dan berita.
BACA JUGA: Vaksin COVID-19: Kesan Sampingan ‘Kematian’ Tidak Dimasukkan Kerana Aplikasi “Terhad”
BACA JUGA: Sup Tulang Babi Sebagai Makanan Kebangsaan, Judi Sebagai Permainan Kebangsaan?
BACA JUGA: Pemuda UMNO Bakal Serah Memorandum Bantahan Kebiadapan Jocelyn Chia Perlekeh Malaysia
Seterusnya guru tersebut mula bertutur dengan nada yang tegas dengan menyatakan bahawa jika para pelajar Muslim itu mahu dihormati dengan agama mereka, jika mereka tidak mahu mengalami prejudis disebabkan agama, warna kulit ataupun apa sahaja sebab, mereka hendaklah meraikan golongan yang berbeza dengan mereka. Guru tersebut selanjutnya menyatakan,
“Di Uganda, jika mereka fikir kamu adalah gay, mereka akan menghukum kamu. Jika kamu percaya dengan perkara sedemikian, maka kamu tidak berhak berada di sini kerana ini (hak LGBT) adalah apa yang Kanada percaya”.
“Kami percaya kepada kebebasan, kami percaya bahawa seseorang itu boleh mengahwini sesiapa sahaja yang mereka mahu, ini terkandung di dalam undang-undang, dan jika kamu fikir yang ianya tidak sepatutnya menjadi undang-undang, maka kamu tidak boleh menjadi warga Kanada”.
“Kamu tidak berhak berada di sini, dan saya maksudkannya”.
Rakaman suara tersebut telah dimuat naik pada Isnin lalu oleh seorang sarjana Islam yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), Hamzah Maqbul. Menurutnya rakaman tersebut telah dihantarkan kepada beliau menerusi banyak sumber berbeza.
Manakala pihak Edmonton Public Schools telah mengesahkan kesahihan rakaman tersebut dan menyatakan bahawa pihak mereka sedang melakukan sesuatu dalam menangani situasi terbabit.