Tempatan

Kes Buli Tular: Tindakan Disiplin Akan Diambil – Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2023 – Pihak sekolah SMK Taman Melawati menegaskan akan mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian buli yang tular semalam.

“Berkaitan dengan kes buli yang melibatkan murid SMK Taman Melawati, pihak sekolah, alumni dan PIBG telah menyerahkan kes ini kepada pihak polis.”

BACA JUGA: 6 Stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Akan Dibuka Semula Mulai Esok

BACA JUGA: Umur 6 Tahun Tahu Seks, Pornografi & Masturbasi, Senator Australia Dedah Agenda Antun Seksual WHO & PBB

BACA JUGA: Empangan Malaysia Hanya Mampu Bertahan Kurang 4 Bulan

“Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Alumni dan PIBG sudah berada di balai polis bersama dengan mangsa bagi memberikan sokongan moral kepada mangsa dan membantu siasatan. Kita serah dahulu kepada siasatan polis. Tindakan disiplin sekolah akan tetap dikenakan,” kata pihak sekolah dalam satu kenyataan.

Kata SMK Taman Melawati lagi, pihak sekolah sesekali tidak akan berkompromi berkaitan dengan kes sebegini.

Semalam, tular di media sosial video seorang pelajar lelaki dibelasah oleh sekumpulan pelajar lelaki lain di kawasan tanah lapang. Punca kejadian tidak diketahui.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: