Antarabangsa

Guru-guru ‘Stalk’ Pelajar, Pujuk Sertai Kelab LGBT

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

CALIFORNIA, 27 November 2021 – Ahli California Teacher Association, persatuan guru terbesar di California dilaporkan berbincang antara satu sama lain bagaimana mereka memerhatikan tindak-tanduk pelajar bagi tujuan merekrut pelajar tersebut menyertai kelab LGBTQ.

Perkara ini didedahkan oleh Abigail Shrier, seorang pengarang selepas beliau memperoleh maklumat bocor mengenai perkara tersebut.

Dalam forum berjudul “2021 LGBTQ+ Issues Conference, Beyond the Binary: Identity & Imagining Possibilities” itu, guru-guru terbabit juga dilaporkan mengaku bahawa mereka giat mengejek ibu bapa yang tidak senang dengan pembelajaran yang menerapkan unsur pro-LGBT.

Menurut Shrier, laporan yang diterimanya menyatakan bagaimana guru-guru terbabit berkongsi tentang aktiviti mereka, ada yang sehingga memerhatikan aktiviti pelajar mereka di atas talian seperti mengintip carian pelajar di Google, menyemak sejarah carian pelajar dan mendengar perbualan pelajar di persekitaran sekolah dalam usaha mereka untuk merekrut pelajar Tahun 6 menyertai kelab-kelab LGBTQ.

“Ketika kami sedang mengadakan pembelajaran virtual, kami intip apa yang mereka sedang lakukan di ‘Google’ dan bila mereka tidak buat kerja sekolah”, ujar Kelly Baraki, salah seorang guru dalam forum tersebut.

“Salah seorang daripada mereka (pelajar) pernah membuat carian Google tentang ‘Hari Visibiliti Transgender’ dan kami kata ‘Check’. Kita akan ajak pelajar tersebut sertai kami bila dia pulang ke kampus,” tambah beliau lagi.

Laporan yang diterima Shrier juga menunjukkan pelbagai cara yang tidak jujur diambil oleh guru-guru terbabit dalam mempromosikan budaya LGBT seperti tidak mengambil rekod kehadiran pelajar ke persatuan pro-LGBT supaya ibu bapa tidak dimaklumkan tentang kehadiran anak mereka ke kelab tersebut.

“Kadang-kadang kami benar-benar tidak mahu menyimpan rekod kerana jika ibu bapa kecewa disebabkan kehadiran anak-anak mereka, kami seperti, “Ya, saya tidak tahu. Mungkin mereka datang?’” katanya. “Kamu tahu, kami tidak mahu seorang kanak-kanak mendapat masalah dengan kehadirannya jika ibu bapa mereka kecewa,” kata Lori Caldeira, juga seorang guru yang mengajar di sekolah sama dengan Kelly Baraki.

Leave a Reply

Back to top button