Tempatan

Belanjawan 2023: Lebih Banyak Dividen ASB Buat Rakyat Memerlukan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kuala Lumpur, 25 Februari 2023 – Lebih banyak agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan diberikan kepada rakyat yang memerlukan, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 semalam, beliau berkata Kerajaan akan mengambil pendekatan progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian bagi melindungi golongan yang kurang bernasib baik.

BACA JUGA: Hakim Tidak Kebal, Ada Protokol Perlu Dipatuhi

Ikhtiar tersebut termasuklah dengan memberikan dividen sebanyak 5.1 sen per unit kepada 87 peratus ahli dengan simpanan kurang daripada 30 ribu ringgit.

BACA JUGA: Kerajaan Perpaduan Hentikan Inisiatif Lupuskan Hutang Peneroka Felda

Manakala, simpanan yang melebihi 30 ribu ringgit pula akan menerima dividen sebanyak 4.6 sen per unit.

BACA JUGA: Hospital Kerajaan Guna Peranti Lama, Doktor Merungut Produktiviti Terjejas

Dalam pembentangan tersebut, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan, hampir separuh jumlah pendapatan isi rumah dikuasai oleh kumpulan 20 teratas (T20).

Kata beliau, mengambil kira pendapatan serta kekayaan negara yang tertumpu kepada kumpulan atasan atau golongan elit mahakaya, agihan hasil wajar ditumpukan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan menengah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: