Tempatan

Guru Dipaksa Hadiri Taklimat Penugasan PRU Ketika Sesi Pembelajaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 15 September 2022 – Rungutan yang dibuat beberapa pihak sebelum ini berhubung guru yang dikatakan dipaksa menghadiri taklimat penugasan Pilihan Raya Umum (PRU) pada sesi pembelajaran akan disemak, menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Menurut beliau, keadaan dan keselamatan murid perlu dipertimbangkan sekiranya guru dipanggil untuk menghadiri taklimat tersebut secara serentak dengan meninggalkan sesi pembelajaran.

“Kalau dibuat taklimat panggil satu sekolah, siapa nak jaga anak-anak?”

Ini kerana keutamaan guru adalah bertugas di sekolah masing-masing dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) faham dan maklum dengan perkara tersebut, kata Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin juga memaklumkan, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan SPR bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara itu.

“Kalau boleh masa untuk menghadiri taklimat itu kita perincikan bagi memastikan bahawa tugas hakiki guru tidak akan terganggu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: