Gunung Semeru Meletus, Tebar Debu Panas Sejauh 7 Kilometer
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JAKARTA, 05 Disember 2022 – Gunung berapi tertinggi di Indonesia, Gunung Semeru meletus dengan menghamburkan awan abu vulkanik setinggi lebih 1 kilometer ke langit dan menerbangkan debu panas sejauh 7 kilometer.
Letusan gunung berapi yang mengancam keselamatan penduduk setempat telah mendorong pihak berkuasa meningkatkan amaran gunung berapi mereka ke tahap tertinggi.
Gunung Semeru pagi ini kembali erupsi
Hari ini kebetulan tepat 1 tahun erupsi besar Semeru yang banyak menelan korbanMudah2an kali ini tak ada korban jiwa🙏 pic.twitter.com/bMlSmwRW0W
— ꦩꦸꦂꦠꦝ (@MurtadhaOne1) December 4, 2022
Hampir 2,000 orang di Pulau Jawa yang padat penduduknya telah dipindahkan dari kampung berhampiran puncak.
sampe gelap guys pemukiman yang terdampak abu vulkanik gunung semeru ya Allah 😭pic.twitter.com/nflTd64gSP
— Rocky_ackerman (@NESVERLAND) December 4, 2022
“Kenaikan tahap amaran itu bermakna keadaan berbahaya mengancam penempatan penduduk dan aktiviti gunung berapi berkenaan semakin meningkat,” kata jurucakap Pusat Mitigasi Bencana Vulkanologi dan Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu dan hanya mempercayai maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh PVMBG sahaja.
Disember lalu, letusan besar Gunung Semeru telah membunuh 51 orang dan merosakkan lebih 5,000 kediaman.
Erupsi Gunung Semeru 04/12/2021 pic.twitter.com/4pi87GHLBF
— INFOMITIGASI™ (@infomitigasi) December 4, 2021
Bencana itu mengakibatkan keseluruhan laluan di kawasan sekitar ditenggelami lumpur serta abu letusan yang turut menimbus kediaman dan kenderaan, manakala hampir 10,000 penduduk terpaksa mencari tempat lain untuk berlindung.