Gunung Berapi Mayon: Lebih 1,600 Mangsa Dipindahkan Alami Jangkitan Pernafasan Akut
HANOI, 19 Julai 2023 – Lebih 1,600 mangsa yang dipindahkan akibat letusan Gunung Berapi Mayon bulan lalu telah mengalami jangkitan pernafasan akut.
Menurut Timbalan Setiausaha Kesihatan negara itu, Enrique Tayag, beberapa individu di pusat perlindungan sementara di wilayah Albay telah mengalami batuk, selsema dan sakit tekak.
BACA JUGA: Jabatan Bomba Bakal Wujudkan 5 Pangkalan Udara Baru
BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat
BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan
Bagaimanapun, tiada wabak jangkitan pernafasan di pusat pemindahan, tambah beliau.
Pada Jun lalu, pihak berkuasa Filipina telah memindahkan hampir 19,000 penduduk yang berada dalam zon bahaya iaitu kira-kira enam kilometer di kaki gunung berapi.
Gunung berapi tersebut yang terletak kira-kira 330 kilometer tenggara ibu kota Manila dianggap sebagai satu daripada 24 gunung berapi aktif yang paling tidak menentu di negara itu.