Tempatan

Gunting Jalur Gemilang, Polis Buru Suspek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMPANG, 18 Ogos 2022 – Pihak polis ketika ini sedang memburu seorang lelaki yang tular dalam sebuah video di laman sosial TikTok memaparkan, suspek menggunting bendera kebanggaan Malaysia, Jalur Gemilang yang dikibarkan di sekitar perkarangan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan bahawa pihak polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu, lapor media tempatan.

“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” ujarnya.

Seorang pengguna laman sosial TikTok, @iekakartika yang memuat naik video berdurasi 34 saat itu berkata, “Dia rosakkan bendera Malaysia wey, orang tegur dia marah balik.. Tolong bagi viral biar dia dapat balasan.”

@iekakartika__Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan♬ original sound – AfiqNeyo

Tindakan suspek berbaju merah dan bertopi hijau itu menimbulkan rasa berang dan kecewa dalam diri rakyat Malaysia. Rata-rata warganet meminta pihak polis mengambil tindakan lanjut di atas perbuatan tidak bermoral itu.

@moksusayang merupakan salah seorang warganet yang sakit hati dengan perbuatan tersebut berkata, “PDRM sila cari orang ni..bendera Malaysia tu…bendera negaraku tu…sakit hati gerammnya.”

nora.png?resize=300%2C54&is-pending-load=1#038;ssl=1

Seorang lagi pengguna, @nadiahasri08 pula berkata, “Ya Allah sakit hatinya,, orang mana ni,, tolong la pihak berkuasa ambik tindakan sepatutnya.”

nadiah.png?resize=300%2C52&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: