Tempatan

Gunakan Sumbangan Masjid Untuk Mereka Yang Memerlukan – Tengku Hassanal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 29 April 2022 – “Sumbangan yang masjid terima jangan pula hanya disimpan, sebaliknya dibelanjakan dengan sebaik mungkin untuk membantu yang memerlukan.”

Demikian titah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Yang Memerlukan bertempat di Masjid Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah, FELDA Bukit Sagu 1 Kuantan baru-baru ini.

HIDUPKAN PERANAN MASJID SEIRING ESG – KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG

“Pegawai dan jawatankuasa masjid mesti proaktif, carilah penduduk yang memerlukan bantuan dan bukannya menunggu mereka untuk mencari kita di masjid. Kenal pasti siapa mereka dan salurkan bantuan segera tanpa sebarang proses birokrasi yang menyusahkan.”

Selain itu, baginda bertitah agar peranan masjid sebagai institusi perpaduan dan pusat sosial yang prihatin dihidupkan seiring amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Pihak masjid juga perlu menyantuni masyarakat dan menjadi tempat rujukan terutamanya bagi mereka yang memerlukan.

KDYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada beberapa penerima terpilih bagi menampung kos rawatan dialisis selama setahun, bantuan rawatan perubatan dan juga bantuan baik pulih rumah.

Sebagai simbolik usaha baginda dalam menghijaukan alam sekitar, baginda turut menyempurnakan penanaman pokok kurma dari jenis Phoenix Dactylifera di perkarangan masjid berkenaan.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: