Antarabangsa

Guna Pembesar Suara Masjid Pulangkan Wang 500,000

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTAR PRADESH, 22 Mei 2022 – Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun dari Uttar Pradesh, India bertindak menggunakan pembesar suara masjid untuk memulangkan sejumlah wang sebanyak RS500,000 (RM28,200.00) kepada pemiliknya.

Adik Abdul Hannan menjumpai beg berisi sejumlah wang tersebut yang terjatuh dari sebuah beca yang sedang bergerak di jalan raya.

Tanpa membuang masa, dia mengambil beg tersebut dan mengejar beca itu namun, pemandu dan pemilik beg tersebut tidak menyedari akan hal itu dan tidak menghentikan kenderaan tersebut.

BACA: Sami Hindu Ikrar Culik Dan Rogol Muslimah Depan Masjid

BACA: “Sejak Saya Jadi Ahli Dewan Perundangan, Umat Islam Sudah Berhenti Pakai Kopiah” – Raghvendra Pratap Singh

BACA: ADUN India Gelar Muslim “Anak Haram”

Kanak-kanak berumur 10 tahun itu kemudiannya membuka beg yang dijumpainya dan mendapati terdapat sejumlah wang sebanyak RS500,000 (RM28,200.00) di dalamnya.

Dia dan ibunya kemudiannya menunggu di tempat yang sama beg tersebut tercicir dengan harapan dapat bertemu pemilik beg tersebut namun, tiada sesiapa yang datang menuntut kembali beg berisi wang itu.

Justeru, dia dan ibunya mengambil keputusan pergi ke masjid dan menggunakan pembesar suara masjid untuk membuat pengumuman sebagai usaha untuk memulangkan wang itu.

Tindakan adik Abdul Hannan menggunakan pembesar suara masjid itu berhasil apabila berjaya menyerahkan kembali wang tersebut kepada pemiliknya.

Atas kebaikannya, dia bukan sahaja dipuji malah, pihak sekolah adik Abdul Hannan membuat keputusan membiayai yuran persekolahannya selama setahun sebagai ganjaran atas kejujurannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: