Guna Logo Halal Haram, Kilang Bungkus Kopi & Teh Diserbu
JOHOR BAHRU, 16 Februari 2023 – Sebuah kilang pembungkusan kopi dan teh diserbu penguat kuasa selepas didapati memasarkan produk dengan menggunakan logo halal tidak sah.
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, sebanyak 15,768 bungkusan teh dan kopi bernilai RM23,000 disita dalam serbuan di Kulai, Johor itu.
BACA JUGA: Menteri Umum Tiada Kemungkinan Pemansuhan & Penghapusan Hutang PTPTN Untuk B40
BACA JUGA: Lim Kit Siang Dakwa Gelombang ICERD Timbul Kerana Penipuan, Fitnah & Berita Palsu
BACA JUGA: Sudah Tiba Masanya Teks Perlembagaan Menggunakan BM Sebelum Pertembungan Besar Berlaku
Beliau berkata, percakapan daripada seorang penyelia kilang, wanita serta dua pekerja lelaki dalam lingkungan usia 40 hingga 50-an telah pun direkodkan.
Tindakan turut diambil kepada kilang terbabit mengikut Akta Perihal Dagangan, Perenggan 8(a) Perintah PErihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, ujarnya lagi.
Memetik kepada sebuah berita tempatan, serbuan yang dibuat pada jam 3 petang 14 Februari lalu turut melibatkan empat anggota penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Kilang berkenaan difahamkan telah beroperasi sejak 2019 malah produknya turut dipasarkan di seluruh negara.
Sehubungan itu, Lilis Saslinda menyatakan bahawa pihaknya akan sentiasa menjalankan operasi bersepadu dengan melibatkan pelbagai agensi demi memastikan perniagaan dijalankan dengan cara yang dibenarkan di samping pelanggan juga mendapat produk dan perkhidmatan tanpa rasa was-was.