Tempatan

Guna Gelaran Datuk Palsu Pahang, Ahli Perniagaan Didenda RM200 Ribu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 28 Jun 2024 – Mahkamah Sesyen mengenakan denda sebanyak RM200,000 kepada seorang ahli perniagaan susulan kes menggunakan gelaran Datuk palsu dari negeri Pahang.

Pada 28 April 2022, tertuduh, Mohammad Shaiful Nizam Abu, 41, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan kesalahan menggunakan gelaran Datuk palsu dan mempamerkan lambang Diraja Pahang tanpa kebenaran di sebuah premis kesihatan di Senai, Kulai pada 27 Januari 2021.

Walau bagaimanapun, tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah selepas diberikan pertuduhan pilihan kelmarin.

“Berdasarkan pertuduhan pilihan, dia didakwa menggunakan suatu dokumen sebagai tulen, iaitu Watikah Penerima Darjah Kebesaran atau Pingat atau Anugerah Negeri Pahang Darul Makmur yang mana dokumen tersebut adalah dokumen palsu.”

“Bagi pertuduhan pilihan kedua, dia didakwa menggunakan Lambang Darjah Indera Mahkota Negeri Pahang (DIMP) yang palsu pada kenderaan miliknya,” memetik laporan.

Mohammad Shaiful didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ari juga telah meminta agar tertuduh dikenakan hukuman tinggi kerana ia merupakan kesalahan serius yang boleh mengakibatkan penipuan kepada masyarakat awam.

Justeru, Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim memerintahkan tertuduh dihukum denda RM100,000 bagi setiap kesalahan, menjadikan keseluruhan denda sebanyak RM200,000.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: