Tempatan

Cas RM1 Klinik Kerajaan Dikekalkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan kadar bayaran RM1 di klinik dan hospital Kerajaan akan dikekalkan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika penggulungan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat berkata, langkah penstrukturan semula kadar fi di fasiliti penjagaan kesihatan awam yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan tidak akan dilaksanakan dengan kadar segera.

BACA JUGA: Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Dicekup Di Jasin

BACA JUGA: Beberapa Jalan Utama Sekitar Port Dickson Ditutup 19 Jun Ini

BACA JUGA: ‘Formula’ B40, M40, T20 Dihapus Tahun Depan

“Sebarang perubahan struktur fi bukanlah sesuatu yang akan dijalankan dengan segera dan sewenang-wenangnya.”

“Ia akan diteliti secara rapi dan telus dengan analisa wajar serta libat urus dengan semua pihak berkepentingan.”

Jelasnya, cadangan itu akan dibincangkan dengan diteliti dengan melibatkan semua pihak berkepentingan, sebelum dipertimbang untuk dilaksanakan.

“Paling penting ialah memastikan rakyat, terutama golongan tidak berkemampuan dan golongan rentan tidak terkesan, selain akses kepada perkhidmatan kesihatan mereka akan terus dapat dinikmati,” katanya.

Terdahulu, samudera.my melaporkan beberapa pakar kesihatan berpandangan caj rawatan RM1 bagi perkhidmatan kesihatan di premis kesihatan kerajaan dilihat sudah tidak lagi mampu menanggung kos sistem kesihatan negara.

Justeru, kerajaan digesa menaikkan cas kesihatan kepada RM5 hingga RM20 bagi menambah bajet kesihatan untuk digunakan dalam penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kempen kesedaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: