Tempatan

Tambang E-Hailing Tinggi, Kekurangan Pemandu Jadi Punca

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Jun 2022 – Kekurangan pemandu e-hailing yang kebanyakannya telah berpindah ke pekerjaan lebih baik atau kembali ke pekerjaan mereka sebelum ini menjadi punca kepada kenaikan harga tambang pengangkutan berkenaan kata Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA).

Menurut Presiden GDMA, Arif Asyraf Ali, permintaan yang tinggi daripada penumpang serta trafik yang sesak turut menjadi punca kepada peningkatan harga tersebut.

“Jadi, pada asasnya apabila permintaan lebih tinggi dan bekalan rendah, tambang kadangkala akan meningkat lebih tiga kali ganda daripada kadar biasa,” katanya.

Tambah Arif, sebanyak 30 peratus anggaran bagi kekurangan pemandu tersebut yang dahulunya mempunyai 70,000 hingga 80,000 pemandu aktif. Namun kini, hanya terdapat 50,000 hingga 60,000 pemandu aktif sahaja.

Mengulas lanjut, terdapat juga aduan tentang tambang semasa e-hailing ini daripada penumpang yang mengatakan ia melonjak sehinga 400 peratus terutama di waktu puncak.

Bukan itu sahaja, kata Arif kesesakan lalu lintas yang semakin teruk setiap hari mendorong pemandu untuk tidak memandu berikutan kurangnya pemandu aktif.

Ia sekaligus memerlukan pemandu aktif ini untuk memandu lebih jauh untuk mengambil penumpang yang juga menggunakan banyak minyak.

Malah, pemandu juga tidak berpuas hati dengan komisen yang diterima jika dibandingkan dengan kos penyelenggaraan kenderaan yang perlu dikeluarkan.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong pernah memaklumkan bahawa tambah e-hailing yang melonjak naik adalah disebabkan penawaran dan permintaan yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas yang tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: