Gudang Jenama Terkenal Terbakar, RM100,000 Hadiah Kepada Individu Yang Menjumpai Pelaku
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – Sebuah gudang jenama terkenal, Elrah Exclusive dilaporkan terbakar dan pemiliknya menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang menjumpai pelakunya.
Kejadian ini dikongsikan sendiri oleh pemiliknya, Syed Ahmad Syed Salim di media sosialnya yang terkejut dengan kejadian tersebut dan membuat keputusan untuk memberikan ganjaran wang ringgit tersebut supaya kejadian tidak diingini ini berulang.
BACA JUGA: Saudi Lanjutkan Tempoh Penjara Ulama
BACA JUGA: Babi Masuk Kabinet: Kenali 3 Rukun Politik Orang Cina – Ridhuan Tee Abdullah
BACA JUGA: Denda Tinggi, Penjara Jika Terlibat Ajaran Sesat –MAIS
“Saya terpaksa buat keputusan ini untuk memastikan keselamatan stock-stock agent saya tahun ini. Disini ada beribu harapan Agent untuk buat duit. Saya tidak boleh bagi mereka untuk menghancurkan harapan agent2 saya. Tolong bantu saya share dan jumpa perlaku yang berhasad dengki ini.”
Beliau juga memaklumkan sebelum kejadian berlaku, pekerjanya memberitahu bahawa ada individu yang menaiki motorsikal ulang alik di depan gudang tersebut pada jam 3 pagi.
Perkara itu disahkan juga dengan perkongsian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan individu yang memanjat masuk pagar gudang tersebut dan beberapa lagi rakaman yang merakam perlakuan mencurigakan individu terbabit.
Di dalam video yang dimuat naik Syed Ahmad itu juga dipaparkan keadaan gudang selepas kebakaran dengan kehadiran anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dipercayai dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut.
Elrah Exclusive adalah jenama yang terkenal di Malaysia dengan pakaian untuk muslimin seperti baju melayu, sampin dan kurta.