Antarabangsa

Jururawat UK Dituduh Bunuh 8 Bayi, Cubaan Bunuh 10 Yang Lain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 11 Oktober 2022 – Seorang jururawat wanita ditahan pada tahun 2018 atas dakwaan membunuh 8 orang bayi sewaktu bekerja di Hospital Chester.

Menurut media antarabangsa, Lucy Letby, 32, kemudiannya sekali lagi ditahan pada Jun 2019 berhubung cubaan membunuh tiga lagi bayi.

Jururawat itu kemudiannya ditahan lagi pada November 2020 atas tuduhan tujuh pembunuhan dan 10 cubaan membunuh.

Pihak polis mendedahkan bahawa mereka sedang menyiasat kematian 17 orang bayi dan 15 non-fatal collapses antara Jun 2015 dan Jun 2016.

Laporan siasatan mendedahkan bahawa pakar perubatan melancarkan siasatan dalaman selepas mendapati bayi-bayi pramatang yang tidak sedarkan diri mengalami kegagalan jantung dan paru-paru dan mustahil untuk disedarkan semula.

“Keadaan kesihatan bayi yang sentiasa tidak stabil tiba-tiba sahaja merosot tanpa sebab yang jelas,” kata pendakwaraya, Nick Johnson.

Para doktor tidak dapat mencari puncanya dan polis telah dipanggil.

Semakan mencadangkan bahawa seseorang dalam unit neonatal telah meracuni dua bayi lelaki dengan insulin dua hari selepas mereka dilahirkan.

“Paras gula dalam darah kedua-dua bayi itu turun ke paras berbahaya, tetapi kedua-duanya terselamat selepas bantuan daripada kakitangan perubatan,” tambah Nick.

Inspektor utama penyiasatan, Paul Hughes menyatakan bahawa penyiasatan ini “amat mencabar” dan kesemua ibu bapa yang berkenaan sentiasa diberikan maklumat dari semasa ke semasa.

Jumlah kematian bayi dalam kes ini menjadikannya skandal terbesar dalam sejarah Perkhidmatan Kesihatan England (NHS).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: