Tempatan

Gua Niah Dijadikan Penempatan Manusia Sejak Lebih 60 Ribu Tahun Lalu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 01 Ogos 2023 – Gua Niah telah menjadi penempatan manusia sejak kira-kira 60,000 tahun dahulu iaitu 20,000 tahun lebih awal berbanding fakta yang didokumentasikan sebelum ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg mendedahkan, fakta terkini itu berdasarkan penemuan terbaharu pakar arkeologi dari sebuah universiti luar negara dan universiti tempatan yang menjalankan kajian arkeologi di gua yang terletak di Miri itu.

BACA JUGA: Taman Rekreasi Ayer Panas Dijual Kepada Syarikat Swasta – Portal

BACA JUGA: Disyaki Pengikut Ahmadi Religion, Polis Berkas Lapan Individu Terlibat Himpunan LGBT

BACA JUGA: KDYMM Pemangku Raja Pahang Sokong Projek Jalan Batal Demi Flora Fauna

“Mengikut angka dan fakta sebelum ini, kewujudan penempatan manusia di sana (Gua Niah) dianggarkan kira-kira 40,000 tahun dahulu.”

“Namun, baru-baru ini satu kajian yang dibuat oleh sebuah universiti dari Australia dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menemui bukti kewujudan tamadun di Gua Niah sebenarnya lebih awal iaitu kira-kira dalam tempoh 60,000 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Hari Muzium Antarabangsa 2023 Peringkat Kebangsaan di Muzium Budaya Borneo, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abang Johari berkata, penyelidikan mengenai Gua Niah perlu dijalankan dengan lebih mendalam bagi mendedahkan lebih banyak pengetahuan dan penemuan baharu tamadun manusia di Sarawak.

“Ia adalah penemuan penting dalam penyelidikan tamadun manusia di Sarawak yang kaya dengan warisan dan antaranya penempatan terawal manusia di Gua Niah.”

Justeru Abang Johari berharap jalinan kerjasama kalangan muzium dapat dipertingkatkan bagi membuka jalan kepada lebih banyak penyelidikan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang tamadun dan kemanusiaan.

“Ini kerana masa lalu menentukan masa kini dan masa kini menentukan masa depan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: