Gua Hira’ Diconteng, Penuh Sampah, Saudi Beri Amaran!
MEKAH, 25 Julai 2023 – Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan amaran susulan tular sebuah rakaman yang menunjukkan dinding Gua Hira’ diconteng dan kawasan sekitarnya penuh sampah-sarap.
Rakaman tersebut dimuat naik oleh Husein Ja’far Al Haidar di saluran YouTubenya, Jeda Nulis beberapa hari lalu.
Ujarnya, proses mendaki Gua Hira’ seharusnya penuh nilai kerohanian namun ia terganggu dengan sampah dan vandalisme.
BACA JUGA: Peguam Rayu Permohonan Murtad Wanita Dibenarkan
BACA JUGA: Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang
BACA JUGA: LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak
Luahnya lagi, “Antara yang saya kesalkan di atas batu-batu denai mendaki Gua Hira’ berlaku vandalisme, contengan orang yang tidak bertanggungjawab. Dan beberapa pelaku vandalisme jelas orang Indonesia, kerana lihat mereka, nama Rojali, Andriyani, Miftah, dan Depok.”
Mengulas lanjut, laporan turut menyebut, amaran diberi kepada individu yang membuat sebarang kerosakan terhadap kemudahan awam di negara itu secara sengaja, bahkan hukuman juga akan dikenakan.
“Jika didapati bersalah, pelaku boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda maksimum Rp.401 juta (RM121,695.68),” memetik laporan sama.